Facebook Twitter RSS
banner

Wednesday 31 October 2012

PERJUANGAN MAHASISWA BELUM SELESAI


Asslamualaikum dan Salam Aspirasi Mahasiswa buat sekalian sahabat dan pembaca yang saya hormati, Dikesempatan dengan masa yang ada ini, Kami selaku Pejuang Wadah Aspirasi Mahasiswa (AM) Universiti Malaysia Sabah ingin mengucapkan syukur, tahniah dan takziah buat sekalian rakan-rakan seperjuangan terutama sekali calon-calon Aspirasi Mahasiswa, jentera dan tidak dilupakan ketua jentera bagi menjayakan kemenangan di Pilihan Raya Kampus (PRK). Kami juga percaya, hasil doa, dan kepercayaan sahabat-sahabat di kampus serta yang telah di tentukan Qada dan Qadar Allah S.W.T. untuk kami masih releven dan dilihat sebagai pejuang dan pemimpin Mahasiswa.

Sebelum penamaan calon lagi Calon Aspirasi Mahasiswa telah dikritik dan di FITNAH oleh pihak Sebelah yang kami gelarkan Pro-Mahasiswa (Pro-M) yang mengatakan kami ini sebenarnya adalah Pejuang dan pemimpin yang mengamalkan budaya politik luar dan menerima dana dari politik luar. Dengan ini, hari ini, serta saat ini kami ingin menegaskan kepada anda semua mahasiswa/mahasiswi bahawa ASPIRASI MAHASISWA UNIVERSITI MALAYSIA SABAH dan ASPIRASI yang ada di seluruh IPTA Malaysia tidak menerima apa-apa dana dari badan Politik luar dan Pejuangan Kami adalah untuk menjaga kebajikan dan membawa suara Mahasiswa kearah penyelesaian masalah dengan rundingan.

Perjuangan Kami di Barisan Aspirasi Mahasiswa sebenarnya adalah perjuangan kepada Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah bukan menjadi boneka pihak Universiti apatah lagi untuk menjadi tulang belakang badan politik luar. Kami adalah Mahasiswa, Perjuangan Kami adalah Mahasiswa. Kami juga faham bahawa mahasiswa telah diberi kebenaran oleh badan pemerintah untuk terlibat dalam dunia politik tetapi bagi kami biarlah mahasiswa ini berpolitik dengan matang dan bukan berpolitik seperti Lembu yang di cucuk hidung oleh sesetengah pihak yang berkepentingan.

Kami sebenarnya hairan dan pelik dengan DAKWAAN Pro-M di UMS ini, Mereka mengatakan kami ini merupa Kuda Tunggangan HEP dan BN, Melakukan kerja-kerja BN di Sabah. Sebenarnya apa yang kami lihat dan semua orang tahu sebenarnya merekalah yang menjadi Kuda Tungangan Politik Luar dan mendapat dana dari sebuah Parti Politik luar untuk menjalankan kerja parti di dalam kampus seperti menyebarkan risalah, dakyah politik kedalam kampus.

Alhamdulillah dengan izin Allah S.W.T walaupun kami di FITNAH, dicerca, dikritik oleh jentera dan KJ Pro Mahasiswa di kampus AKhirnya dengan izin Allah S.W.T kami menang dengan besar di PRK pada tahun ini. Bukan Sahaja di Kampus Induk, Bahkan di Kampus Cawangan Labuan dan Sandakan Pro-Mahasiswa dan perjuangan Pro-Mahasiswa tidak lagi releven. Dan kami berharap Pro-Mahasiswa seharusnya menukar nama dari Pro Mahasiswa kepada Pro Pakatan. Ayuh semua rakan-rakan kita terus menolak Pro Mahasiswa di kampus dalam kita mengekalkan keamanan Kampus dari apa sahaja badan politik dari Luar. Perjuangan Kita Suara Mahasiswa, menyelesaikan masalah Mahasiswa dan bukannya untuk mengunakan mahasiswa untuk kepentingan sesetengah pihak.

Ayuh Bersama Kami Wadah Pengerak Aspirasi Mahasiswa memperjuangkan Suara anda, Masalah anda dan Kebajikan anda supaya lebih baik.

SHARE THIS POST

  • Facebook
  • Twitter
  • Myspace
  • Google Buzz
  • Reddit
  • Stumnleupon
  • Delicious
  • Digg
  • Technorati
Author: admin
Lorem ipsum dolor sit amet, contetur adipcing elit, sed do eiusmod temor incidunt ut labore et dolore agna aliqua. Lorem ipsum dolor sit amet.

0 comments: